Thursday, May 1, 2014

MALAYSIA

Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara. Rakyatnya yang berbilang kaum menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa . Secara am, jumlah penduduk Malaysia adalah 27 juta orang. Sebahagian besar daripada bilangan ini terdiri daripada 3 kumpulan etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. 

Selain daripada 3 kumpulan etnik ini, Malaysia juga diduduki oleh pelbagai kaum lain. Antaranya ialah Sikh, Serani dan Baba-Nyonya. Terdapat juga Orang Asli di beberapa bahagian Semenenjung Malaysia, manakala kaum Pribumi sepertia Kadazan-Dusun dan Iban boleh didapati di Sabah dan Sarawak masing-masing.

No comments:

Post a Comment