Saturday, May 3, 2014

SOALAN LATIHAN


  1. Kenapakah Malaysia dianggap sebuah negara yang istimewa?

  2. Berapakah jumlah penduduk di Malaysia?

  3. Sebutkan 3 kumpulan etnik terbesar di Malaysia

  4. Apakah nama kaum-kaum lain selain daripada bangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia?

  5. Sari dipakai oleh wanita kaum apa?

  6. Apakah nama pakaian tradisional bagi kaum Melayu?

  7. Apakah warna pakaian tradisional bagi masyarakat Cina?

  8. Mengapakah kita perlu mengamalkan sikap perpaduan kaum?

  9. Apakah agama yang dianuti oleh bangsa India?

  10. Bilakah pakaian tradisional sesuatu kaum biasanya di pakai? 

JENIS-JENIS PERAYAAN

KAUM MELAYU
  • HARI RAYA AIDILFITRI
  • HARI RAYA AIDILADHA

KAUM CINA
  • PERAYAAN TAHUN BARU CINA
  • PERAYAAN KUIH BULAN

KAUM INDIA
  • DEEPAVALI
  • THAIPUSAM

KAUM SIKH
  • VASAKHI

KAUM SERANI
  • PERAYAAN KRISMAS
  • PERAYAAN AIR
  • PERAYAAN SAN JUAN
  • PERAYAAN SAN PEDRO

KAUM IBAN
  • HARI GAWAI

Thursday, May 1, 2014

VIDEO MURID PELBAGAI KAUM



JENIS PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA


DHOTI


SARI


JENIS PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA


SANGFU


CEONGSAM


JENIS PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

BAJU MELAYU


BAJU KEBAYA


BAJU KURUNG


PAKAIAN-PAKAIAN TRADISIONAL



PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA




MALAYSIA

Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara. Rakyatnya yang berbilang kaum menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa . Secara am, jumlah penduduk Malaysia adalah 27 juta orang. Sebahagian besar daripada bilangan ini terdiri daripada 3 kumpulan etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. 

Selain daripada 3 kumpulan etnik ini, Malaysia juga diduduki oleh pelbagai kaum lain. Antaranya ialah Sikh, Serani dan Baba-Nyonya. Terdapat juga Orang Asli di beberapa bahagian Semenenjung Malaysia, manakala kaum Pribumi sepertia Kadazan-Dusun dan Iban boleh didapati di Sabah dan Sarawak masing-masing.

KAUM INDIA



Kaum India adalah kaum ketiga terbesar di Malaysia. Orang India di Malaysia bertutur dalam bahasa Tamil, Malayalam, Telegu dan Hindi.

Pakaian tradisional lelaki India dipanggil Dhoti terdiri daripada sepasang kemeja putih hingga ke paras lutut dan kain yang dililit pada pinggang. Kaum wanita memakai sari. Kain ini dipadankan dengan baju dalam dan dililit pada badan

KAUM CINA



Kaum Cina adalah kaum kedua terbesar di Malaysia. Mereka bertutur dalam berbagai dialek seperti Hokkien, Hakka dan Kantonis. Bahasa Kantonis juga digunakan secara meluas.

Pakaian tradisional kaum Cina biasanya akan dipakai semasa perayaan atau majlis rasmi. Kaum lelaki memakai baju dan seluar panjang, manakala kaum wanita memakai gaun panjang yang dipanggil ceongsam. 

KAUM MELAYU


Kaum Melayu adalah kaum yang terbesar di Malaysia. Orang Melayu bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.

Pakaian tradisional bagi kaum lelaki dikenali sebagai 'Baju Melayu'. Baju ini dipakai dengan sampin dan songkok. Kaum wanita memakai baju kurung atau baju kebaya. Terdapat juga yang memakai tudung atau selendang untuk menutup kepala. Pada lazimnya, pakaian tradisional ini dipakai pada majlis rasmi atau musim perayaan.


LAGU 1 MALAYSIA




Sumber video: YouTube