- Kenapakah Malaysia dianggap sebuah negara yang istimewa?
- Berapakah jumlah penduduk di Malaysia?
- Sebutkan 3 kumpulan etnik terbesar di Malaysia
- Apakah nama kaum-kaum lain selain daripada bangsa Melayu, Cina dan India di Malaysia?
- Sari dipakai oleh wanita kaum apa?
- Apakah nama pakaian tradisional bagi kaum Melayu?
- Apakah warna pakaian tradisional bagi masyarakat Cina?
- Mengapakah kita perlu mengamalkan sikap perpaduan kaum?
- Apakah agama yang dianuti oleh bangsa India?
- Bilakah pakaian tradisional sesuatu kaum biasanya di pakai?
Kaum-kaum di Malaysia Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazan Dusun dan Iban.
Saturday, May 3, 2014
SOALAN LATIHAN
JENIS-JENIS PERAYAAN
KAUM MELAYU
- HARI RAYA AIDILFITRI
- HARI RAYA AIDILADHA
KAUM CINA
- PERAYAAN TAHUN BARU CINA
- PERAYAAN KUIH BULAN
- DEEPAVALI
- THAIPUSAM
- VASAKHI
- PERAYAAN KRISMAS
- PERAYAAN AIR
- PERAYAAN SAN JUAN
- PERAYAAN SAN PEDRO
- HARI GAWAI
Thursday, May 1, 2014
MALAYSIA
Malaysia adalah sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara. Rakyatnya yang berbilang kaum menjadikan Malaysia sebuah negara yang istimewa . Secara am, jumlah penduduk Malaysia adalah 27 juta orang. Sebahagian besar daripada bilangan ini terdiri daripada 3 kumpulan etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Selain daripada 3 kumpulan etnik ini, Malaysia juga diduduki oleh pelbagai kaum lain. Antaranya ialah Sikh, Serani dan Baba-Nyonya. Terdapat juga Orang Asli di beberapa bahagian Semenenjung Malaysia, manakala kaum Pribumi sepertia Kadazan-Dusun dan Iban boleh didapati di Sabah dan Sarawak masing-masing.
KAUM INDIA
Kaum India adalah kaum ketiga terbesar di Malaysia. Orang India di Malaysia bertutur dalam bahasa Tamil, Malayalam, Telegu dan Hindi.
Pakaian tradisional lelaki India dipanggil Dhoti terdiri daripada sepasang kemeja putih hingga ke paras lutut dan kain yang dililit pada pinggang. Kaum wanita memakai sari. Kain ini dipadankan dengan baju dalam dan dililit pada badan
KAUM CINA
Kaum Cina adalah kaum kedua terbesar di Malaysia. Mereka bertutur dalam berbagai dialek seperti Hokkien, Hakka dan Kantonis. Bahasa Kantonis juga digunakan secara meluas.
Pakaian tradisional kaum Cina biasanya akan dipakai semasa perayaan atau majlis rasmi. Kaum lelaki memakai baju dan seluar panjang, manakala kaum wanita memakai gaun panjang yang dipanggil ceongsam.
KAUM MELAYU
Kaum Melayu adalah kaum yang terbesar di Malaysia. Orang Melayu bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.
Pakaian tradisional bagi kaum lelaki dikenali sebagai 'Baju Melayu'. Baju ini dipakai dengan sampin dan songkok. Kaum wanita memakai baju kurung atau baju kebaya. Terdapat juga yang memakai tudung atau selendang untuk menutup kepala. Pada lazimnya, pakaian tradisional ini dipakai pada majlis rasmi atau musim perayaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)